Tuesday, June 9, 2009

NAK ROKOK ke TAKNAK ROKOK??

ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN


Hurmm.. Korang tau x?? Rokok ni membahayakan kesihatan korang?? Tgk mcm akuh.. Degil.. Bodoh.. Bengap.. Blagak..Nak tau asl akuh ckp cam2?? Ok.. Akuh ade masalah paru2.. Tapi akuh x dgr ckp dktr.. So, last2 bile akuh g jumpe doktor.. Dye kate paru2 akuh blah kiri da xleh nak tapes udare ngan betol.. Tula.. Dulu mak soh benti xnak.. Skang da kene baru nak benti.. Tapi ape bule wat?? Kite ni remaja.. Remaja kan suka m'berontak.. Suka m'lawan.. Pk kite je yang betol.. Last2 bile da kene baru akuh nak benti.. Haih.. Caye lah cakap akuh.. Rokok xde kegunaanye.. Kan iklan da cakap.. Kat kotak rokok tuh sendri da cakap.. Kalau korang x caye kan.. Statistik kematian di Malaysia mengatakan bahawa tabiat merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser iaitu:(mengikut susunan jumlah kematian)
  1. paru-paru
  2. mulut
  3. esofagus
  4. tekak
  5. pankreas
  6. pundi kencing
  7. buah pinggang
  8. serviks
  9. kolon
  10. perut

50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25% masing-masing.. Tambahan pula, Dr Sallehudin mengatakan lebih kurang 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD). Tak ruginye kalau korang nk benti okok.. Nak tau faedah merokok?? Banyak.. Akuh boleh bagi 8.. X caye, cube bace..


Faedah Berhenti Merokok:
  1. Hidup lebih lama
  2. Dapat menghindari racun
  3. Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
  4. Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
  5. Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
  6. Meningkatkan deria rasa dan bau
  7. Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
  8. Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
So, korang bace lah ape yg akuh tules ni btol2.. Akuh serious.. Baek korang benti sebelum t'lambat.. Nnt, bile korang da t'lambat.. Baru nak kelam kabot macam akuh.. Susah weyh.. Akuh tau camne perasaan orang merokok.. Akuh pown ske merokok.. Tapi, bile da kene camnih baru akuh sedar.. M'rokok tuh xde faedah.. Nak benti tp xleh?? Cube korang gune kaedah yang betol.. Cube try kaedah yang akuh bg nih.. Insya'allah korang boleh benty..


Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok:
  1. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  2. Yakinkan diri
  3. Buat nota peringatan
  4. Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
  5. Tumpukan pada hari ini
  6. Sentiasa berfikiran positif
  7. Dapatkan sokongan bkn sahaja dari ibu bapa tetapi dari kawan juga
  8. Lawan keinginan untuk merokok
  9. Ingat kat Allah s.w.t (kuatkan iman)
  10. Ingat kat orang yang tersayang

Akuh akhiri post ni ngan mengatakan Selamat Berhenti dan moga anda menjadi seseorang yang bebas dari cengkaman asap rokok.. Assalamu'alaikum.. :)



Korang ingat nih..

"Setiap Sedutan, Membawa Padah"

Sumber:

  1. Pusat Racun Negara, USM Official Website
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
  3. Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website
  4. IKIM Dalam Media – Berita Harian- Sabahan.net
  5. Penulisan ayat sendiri


No comments:

Post a Comment